Tuesday, July 28, 2009

Kek Batik


Kek batik yang aku buat last week. Tp dah tinggal ckit baru ingat nak ambil gambar. Percubaan pertama yang boleh dikira berjaya juga.....

Breakfast


Capati.
300 g Tepung Atta
2 cmb Minyak sapi

160-170 ml air
Garam secuk
up rasa






Cara:
Gaul tepung atta dan garam. campurkan minyak sapi. Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul lebih kurang 10 minit. Tutup dengan tuala lembab dan biarkan semalaman.
Bahagikin doh kepada beberapa bahagian dan bulat-
bulatkan. Canai tetapi jgn terlalu nipis. Then, masak atas non-stick pan. Ok, siap.... boleh makan sudah.....



Ni gambar capati yang dah masak dan ready untuk dimakan.
Untuk kuah, saya pakai kacang dhal.










Kuah Dhal:

Kacang dhal (rendam semalaman)
Ubi kentang (Potong dadu)
Lobak merah (potong dadu)
Rempah kari (Jadikan pes dgn mencampurkan sedikit air)
Bawang putih dan merah (tumbuk)
Garam
Gula

Cara
Rebus kacang dhal yang telah direndam semalaman sehingga empuk. Kemudiaan, masukkan ubi kentang dan lobak merah. Tumis bawang putih dan merah, masukkan rempah kari. Gaul sehingga naik bau. Kemudian, masukkan dalam campuran dhal. Gaul dan tambahkan garam dan Gula secukup rasa.

Tip:
Kalau kuah dhal terlalu banyak, masukkan dalam beberapa bekas kecil dan masukkan dalam freezer. Next time kalau mo buat capati, just defrost je kuah yang ready made tu.... senang kerja....

Monday, July 27, 2009

Cheese Cake



Ni cheese cake yang aku buat semalam. Terasa macam mo makan cheese cake......Tengok2 peti ais cukupkah bahan-bahan mo buat cheese cake ni????? ooooo.....bolehlah buat.....tapi nda sempat makan lah pula......

Steam Buttercream Cake

Ni lah kek steam buttercream yang aku buat masa join baking class Nina. Kesian......kek aku yang paling nda cantik.... al maklumlah kek pertama yang aku deco....First time pegang piping nozel lagi. What ever, I enjoy that class. Next time mo lagi join kelas Nina.....

Sunday, July 26, 2009

Will attend baking class on august